Saturday, 8 October 2011

my fabrate SONG !!!

allow sume...
arinie xde topik menarik nk d'kongsikan juz want 2 show my fabrate song 4 dis time..
sampai ofis jew trus layan lagu nie..
hidupku xbrmakna tanpa lagu nie...hehee~
i love dis songs...mmuuaxxx
aku akan lebih bersemangat utk brkerja bile dgr lagu nie..
power kan lagu nie??



~ BERDUA BERSATU ~

        
* aku gagal mempertahankan hubungan kita.



~ JANGAN LUPA NAMAKU ~


 

 * namamu segar d'ingatanku.akan ku kenang sampai ke akhir hayatku






Friday, 7 October 2011

bile family d'sisiku..

mornink sume !!!
today is my work day..kerja keer?? 
keje time weekend maen2 jew byk..heheee~
bkn leh concern pown...maklum la kn ari cuti..hati pown in holiday mood.
2day..im very happy !!! y..?? y..??
dpt salary ek?xpown jupe bf baru?ke dpt shopim??
no..no..no...sume wrong okeh.
im happy bcz of all my family come here..wink..wink !!
paling best bile my parents bring laksa for me...yeahh!!!
i like...love to abah n umi..mmuuahhh3x..




arinie...umh akak aku riuh rendah
macam suasana hari raya plak..hehee
today, ade majlis solat hajat kat rumah baru abg aku..
yey yeyyyyy!!! dpt masuk umah baru...xsabar okeh.
walaupun impian utk memiliki sebuah bilik purple colour xtrcapai..
its ok..at least aku ade bilik baru utk mood baru.
colour light green...one of my fabrate colour
aku terpaksalah meringan tulang temulang aku utk majlis nie
terpaksa?? huhuu...xikhlas tul kn...hihii~
dek kerana trlalu excited..aku dah siap angkut half my goods ke umh baru...
half ag...wait until dis event finish..
aku rase cukup gembira + bahagia bile brsama keluarga..
tp...hidup aku makin bahagia if he ade d'samping aku
aku xmengharapkan dye muncul kembali..
sekadar mengingati saat gembira bersamanya....

Saturday, 1 October 2011

welcOme October !!

pejam celik...pejam celik...welcome my sweet october..
say GOODBYE to scary september !!
akn ku bungkus kemas2 memori sept...
bln baru..of course la semangat pown bru yew...hehe
so...target 4 dis month :

1. car license (carry from jan ag...xbrkesempatan lew ) hehee..
2. get new job 4 new life..heermmm..
3. tmbahkn kerajinan berada d'dpur..wink!! wink!!
4. i want celebrate my besday wif some1 i love...nk gift boleh x??
5. dont sleep late night..no more YM okeh !!
6. no nescafe...replace wif milk ok..
7. weight up 2 50 kg...boleh kerr??
8. no LOVE !!!




dat all my target 4 dis month...hopely sume brjalan dgn lancar yew.hehee~

Thursday, 29 September 2011

iStimEwanyA sEorg Wanita & jEnis yg mAlanG

Assalamualaikum kwn2..
selamat menempuhi hari jumaat yg mulia..
arinie aku nk share something dgn korg especially wanita@perempuan
adakah anda bersyukur d'lahirkan sbgai seorg wanita??
ya...aku brsyukur pd Illahi atas setiap kejadiaanNya..
aku bangga lahir sbgai seorg wanita..
d'mana punyai byk keistimewaan brbanding kaum lelaki..
hanya kita yg gagal mnyedarinya..
sehinggakan ada yg merasakan rimas mnjdi seorg wanita
rela berubah rentak mnjadi seorg "lelaki"
setiap kejadian n ciptaan Allah ada terselindung hikmahNya
hargailah title " wanita " yg d'kurniakan pd kita...



* wanita pilihan...sekadar hiasan :)







19 KEISTIMEWAAN WANITA


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda ,
" Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.






6 JENIS WANITA MALANG


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Friday, 23 September 2011

mnderitA dgn pErasaan sndiRi ;(

ku sangkakn mudah...tp..amat sukar
ku fikirkan mampu...tp...tewas
bkn mudah melupakan some1 yg kita syg
dye lah cinta pertamaku.
even aku marah dgn ape yg dye bt tp rse syg tetap ade
bkn aku xcube melupakan dye.
aku dah cube ok..aku xtahu mkin aku mahu lupakan
mkin aku rindukan dye.
sakitnye perasaan cmnie..
apakah aku terlalu mnyayangi nye??
smpai sukar melepaskn ia pergi dr hidupku..
selagi xde org menggantikn tmpatnye d'ati aku.
aku akn terus mnderita dgn perasaan serabut nie




Ya Allah.bantulah aku merungkai masalah jiwa nie
jgnlah Kau hanyutkn aku dlm perasaan syg pd insan
melebihi cinta pdMu...
Kau berikanlah aku kekuatan mghadapi liku2 hidup
Kau hadirkanlah seorg insan yg betul2 mnyayangiku..
yg menghargai kewujudanku..
yg memahami perasaanku..
yg dpt mmbimbingku..
yg ade d'smpingku kala sedih mahupun gembira.
Andai sudah trsurat dye bkn jodohku..
Kau luputkan dye dri ingatanku
Kau jauhknlah perasaan rindu aku pd dye..
Kau berikanlah hidup aku ceria tanpa bayangan dye..
biarlah pertemuan kami mnjadi sejarah bt aku...


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Ya-Rabbul Ariffin
Tuhanku,Seandainya telah kau takdirkan dia milikku.. tercipta buatku
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku
Tetapkan lah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini kekal abadi

Ya Muhaimin
Dan Tuhanku
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini
Ke tepian yang sejahtera

Ya Rabbul Fatihin
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandangan ku
Luput dari ingatan ku
Dan peliharalah aku dari kecewa

Ya Rabbul Izzati
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Dan gelap pekat awan
Agar aku bisa bahagia
Walaupun tanpa dirinya

Ya Rabbul Quddus
Dan Tuhanku
Biar sekuat mana aku menyintainya
Aku pohon agar Tuhanku
Melenyapkan perasaan ini
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku

Ya Rahman Ya Rahim
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU

Amin.

Wednesday, 21 September 2011

sikAp LELAKI yg xd'sUkai pErempuAn ??

keje aku seharian ialah mnghabiskn masa dgn melayari ape yg boleh d'layari..
mcm2 article aku bace n then find dis article from seorg hamba Allah..
girls > korg setuju x dgn list d'bawah??
man > apakah sume nie benar?atau sikap yg same korg xsuke bile ade pd seorg girl..hehee~

situasi skrg :
girl : lelaki skrg mmg perangai cmnie.perasaan macho jew lebih tp habuk tadak.xtahan siap panas baran, cemburu xbertmpat..paling geram..kedekut !! ckit2 berkira...reject trus jd laki aku.

man : ek eleehh...suke2 ati minah nie mngata org.ko tu pom same je la 2x5.mngata org tp..ko yg lebih ok.p la cermin diri sendiri...harap muka jew cntik tp..malas !!! xhinggin aku amek ko jd bini aku.



nie la gelagat kaum prmpuan n lelaki skrg..
mulut jew ckp benci..xsuke itu..xsuke nie tp...ble xjupe rindu brtandang.hahaa~
betul x korg?? ek eleehh..xnk mngaku la tu..
msing2 ade kelebihan n kekurangan diri.klau dah syg...apa sahaja sikap pasangan kita telan
cmtu jew. hnya mampu memendam rase dgn sikap masing2.
nk d'luahkn...takut hati pasangan terluka.kan ade yg merajuk
xterluah...makin lama mkin mnjadi2... 
jom kita sama2 susuri list d'bawah.
xusah menunding jari sesama sendiri
kita bace n tilik diri sendiri
tnye pd diri " apakah sikap aku begini?? "
klau rse korg trmasuk dlm senarai nie...fikir2knlah yg sebaiknya.




sikap lelaki...


1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…


13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!


14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.


15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.


16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! 







aku punye conclusion...lelaki pun xsuke klau perempuan brsikap cm gini.betul x??
bkn aku nk backup lelaki...tp..itulah hakikat klau girl berada d'tmpat lelaki.hehee~
sama2 xsuke sikap cmnie kn..so berubah jew laa demi mase depan yg cerah..
peace olls :)









p/s : jdilah diri sendiri.klau pasangan kita ikhlas dgn kita...sure dye akn terima apa jua kekurangan diri kita kn tp...korg kena ingat.klau dah melampau tahap xhinggat....silalah berubah demi kebaikan bersama.hehee~

Monday, 19 September 2011

i LOVE him agAin....Ohh !!! NO...

tanpe sedar...aku telah jatuh cinta skali ag.lalalaaa~
seperti lagu nie 





falling in LOve ..
dlu...aku ckup anti dgn dye.anti sesgt okey..
asal p umh sedara...dye mesti ade.wajib ade..
semakin aku mnjarakkn diri...dye smkin mghampiri aku..
lastly...aku rebah d'pangkuannye...waaaaa~
benteng yg aku bina selama 19 taun...sekelip mata musnah d'tgn nye
betapa kehebat aura dye...xku sangka ia akn brlaku..
wlaupun aku tewas tp..slow2 aku cube mlarikan diri dr dye..
smpai laa aku telah jatuh cinta..dah jodoh kami kot...


mcm mne aku boleh terpikat dgn dye??
dye ensem?bdn sasa?ade lesung pipit? no...no..no..
haaa...ia brmula dri kwn a.k.a clasmate perkenalkn aku dgn dye
mula2...hubungan kami biasa2 jew ( malu okey )..kdg2 aku wat xendah je
smpai la one day...dye teman aku stdy.setiap mlm dye menemani aku..
terharu aku...besarnye pengorbanannye bt aku..
dlu...hubungan kami pnh terhalang oleh kwn aku a.k.a medic s2dent
kwn aku ckp dye xsesuai dgn aku...ade yg lebih baik dr dye.kecik ati aku taw..
tp...aku kn jenis degil.still teruskn...smpai satu saat aku mngalami sakit kepala yg ketara
amek kau....sape suh degil.after dat...aku putuskn hubungan kami.
aku brjaya tamatkn stdy tanpa dye d'sisi...


jodoh kami masih kuat...aku brtemu kembali dye time aku start keje
boleh d'katekn every day dye d'smping aku...
ape yg pasti, aku jatuh cinta skali ag dgn si dye...heheee~
kali nie mmg aku xkn lepaskn dye..
namun...ade halangan muncul kala cinta kami bersemi..
artikle nie mnjadi penghalang cinta aku...



 siapakah gerangan cinta hatiku??
nie laa jantung hatiku..


 heheee....mmg xensem okey







Nescafe 3 in 1 penyebab sakit buah pinggang?????

Air nescafe!! huh sungguh umphh.. Memang ramai lelaki yang gemar dengan minuman ini, lebih-lebih lagi budak-budak bujang atau berada di Universiti. Sebab apa? sebab lazat ok!!. Bangun pagi mesti ada air ni. Layan beb! Aku Tapi bila aku terima email tentang Nescafe 3 in 1, aku sungguh hampa sekali! Ingat rokok je leh sakit tapi nescafee pon leh sakitlah? Kene bertukar ke coffee yang lebih mahal lah… atau kopi yang hampeh rasanya!

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir.Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.
Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasti :

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
.5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya.semakin basah.


Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan “Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dariselain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecahtanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari..
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatussauda 
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat..


Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.Huh macam mana plak kopi Super Power, CNI, Power Root 3 in 1 dan yang lain-lain? Ni pasal 3 in 1 kan, so yang tak 3 in 1 punya nescafee leh lah minum erk. Ahaha. Entah betul atau tidak atau rekaan semata-mata!! Para Saintis, cikgu, lecturer, professor!! Cepat buat kajian!!



Begitu lah jalan cerita article yg aku temui...korg taw ape perasaan aku bile bace nie??
takut sesgt ok...why?? sbb...dlm bulan nie jantung aku kerap sgt berdenyut laju@ berdebar2.
pastu siap sakit kepala yg teramat sgt...kdg2 xtahan rse cam nk hantuk kepala kat dinding.
sometime aku rse sakit bdan...xtaw lew sume de effect nescafe or not
but...aku rse takut ok.
rse insaf menyelubungi hati aku....bru jew jatuh cinta terus jatuh sakit.
now...aku telah bt 1 keputusan utk mase depan aku




no more nescafe 4 next day !!!





adakah ini keputusan MUKTAMAD?? ntah2 kjap jew..
esok still layan en. nescafe nie...betul x??
heheee...rse cm xleh d'pisahkn dgn en .nescafe..
mesti windu dye....huhuuu~
xteguh pendirian tul aku nie.cube seyus ckit okey..
kan sakit...ko jugak yg susah ( m'bebel sesorg...hahaha~)
okey2....aku start stop esok yew.bgi aku minum puas2 ari nie.
4 de last moment wif HIM...aiiishh...





p/s : next time..klau org bgi advice take it as serious topic ok.jgn degil sgt.silalah jaga kesihatan korg sendiri..semuanye terletak d'tgn kita msg2.hargailah apa yg kita miliki.peace :)

Thursday, 15 September 2011

tErgAmak kAu tingGalkAn akU???

setelah bape2 month kiteowg brsyama
2day is de last day tuk cik pika a.k.a mak cik stationery (admin dept)
ko akn pergi tinggalkan aku n kwn2 yg laen
smpainye aty ko nk tinggalkn aku yew...waaaaaa~
aku sedey sesgt cz aku dah xde kwn sebaya usia aku kat syane
pasti aku mesyti windu glew kat ko mak cik
dlu..kite xbape rapat syangat
iye lew...ko kat luar aku kat dlm..dinding jd halangan
kite jd rapat bile time aku nk copy paper,aku mesti singgah tmpat ko
asal lalu jew tepi tmpt keramat...sure aku lepak jew
aku syuke kacau ko bile ko bukak blog, bile bosyam aku melepak kat meja ko
lapo jew tmpat ko le jd mangsa aku....smpai aku dah brjangkit syuke mkn


pgi2,ko xde kat tmpat.dr jauh dgr suara ko(suara tarzan)
ahaaa...tmpat aku lew jd mangsa lenyekkan ko
bile ko bosyam selalu jew dtg melawat aku smbil layan radio blakang kusi aku
ari ko dtg gtaw berita heppy ala2 sedey bgi aku...aku speechless doh
time tu kn aku tgh wat keje...punye lew focus..
tetibe ko dtg mnjerit ala2 prmpuan melayu terakhir gitu...aarggghhhh!!!!
aku tumpang heppy...tp...aku tersentap sesgt
smpai xtrkeluar word 'CONGRATS'...padahal aku mmg nk wish taw
mak cik....' CONGRATS yaw...akhirnye ko dpt ' syabas...


aku heppy bile ko heppy wlaupun dlm kekalutan last minute
kali nie mmg aku nmpk ko heppy sesgt...compare bile kua result aritu
ko nmpk down terus...frust xterkata
aku bgi ko semangat dr tepi...jgn brputus asa.
sesungguhnya Allah telah memakbulkn keinginan ko...
aku tumpang gembira wlaupun dlm aty sedey sesgt...(bt2 sedey ok)
sape xsedey wehh..kat c2 ko jew geng glew2 ngn aku
yg paling kelakar rmai yg trtukar ko ngn aku...hahaha~
mula2 ko marah glew,ko ckp " kitaowg beza sesgt taw..ko kurus.aku berisi..cmne dowg bleh trtukar.aaishh" smbil mnjerit ko brkata2....aku mmg gelak sakan time tuu..
aku pown naek hairan...cmne dowg leh trtukar ???




aku nk ko taw...aku sedey sesgt smpai aku xde selera nk mkn taw
xde mood nk ckap..mcm2 ag..aku xtipu taw :(
ko perasaan x?? mesti xpasan kn.ary event aku xmkn sgt satey...mmg la satey tuu xbest
tp...sebalik tuu..aku teringat kat ko la..padahal ko de jew ka dpn tuu
dlm xlselera mkn tp aku bantai laksam smpai 3 pinggan kot.jgn marah ok :)
tetba aku teringat memori waktu buka pose,kita br2 bantai satey smpai 3,4 pinggan...heheee~
mkn xingt dunia woo..org tgh semayang terawih kite duk mkn.adehh..

lepas nie...aku akn windu tmpat keramat tuu.mesti setiap kali lalu c2 aku akn dgr suara ko 
mesti nmpk ko tgk wat keje...eeee...seram tulaisshh...mne aku nk lalu nie.
aku dah xde geng skepala...
aku akn windu saat :
- kaco ko wat keje (padahal bukak blog...kantoi.hahahaa~)
- menjamu selera kat meja ko ( kunyah kerepek )
- merempit pgi2 beli bekpast
- layan lagu kat kusi aku
- ko dtg wat lawatan xrasmi tmpat aku ( curi tulang bak kate wan )
- sembang2 smpai xingt nk keje
- ko mbebel mcm mak cik...hahaa~


lunch hour, kitaowg spent time dgn mak cik nie
lunch @ McD Kota Kemuning brsama seorg ag mangsa buli aku, wan...hehee~


* our lunch meal...syedap ok.credit to Wan.
Thanks belanja.hehee~



* nie la mak cik yg d'raikn tgh syok layan GCB n tgh gaduh ngn si wan..
knk2 ribena kate kn.





ehh....mne AKU ???
nie haaa.....ade ok..







* model fries xbrbayar...hehee.abaikn owg tepi tuu.pjam mata !!!


* aku n mak cik fiq.same ke muka kitaowg???
sape lebih muda ??cube teka....hihiii~






pesanan tuk fiQ :
belajar rerajin..jgn asyik duk merendek jew.taw la arau dekat langkawi ngn pdg besar.saje je wat aku jeles...hahaaa.mkn lew ikan keli besar2 + murah2 kat sne puas2 yew.selamat menetap d'umh panjang ala2 setinggan yg brlandskap air lumut ala2 umh terapung gitu.selamat menempuhi alam student UiTM yg ko idam2kn.gunakn peluang ini sebaik mungkin.bkn mudah nk dpt taw....hehee.jgn nakal2 kat syane yew.cian kat cik abg..hahaaa~ dont forget jln balik blik s.alam plak.
gud luck n all de BEST mak cik !!! t windu2 aku taw :P



dis SONG 4 u...hahaa~
pasti nie conpem masuk list fabrate song ko kn...hahaaa..



Wednesday, 14 September 2011

kiSah sEbiji EPAL

Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam gundah di hati sebiji epal yang berada nun di puncak.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?


Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.


Epal menanti manusia bertuah itu. Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak…. 






' Wanita ibarat epal '
Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, 
tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! 
Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, 
kenapa la diriku belum dipetik lagi?? 
Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, 
sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya 
sehingga tiada siapa yang berani memetiknya
Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya
Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat
Biarlah jodoh bukan di dunia
Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”

Tuesday, 13 September 2011

sAkit xterkAta :(

yuhuuu !!! da bape ari aku xupdate blog nie
winduuuuu sessgggggtttt...
bkn dek kebizian ngn keje opis n so on...tp..
kesihatan aku lpas raye kurang mmberangsangkn...xleh blah ayat nie
bley d'katekn every day aku rse skit kpala...
klau pening saje xpe..nie siap dtg complete package ok.
pening + xde selera + loya + sakit mata : mngalahkn preggy.huhuuu~
ehhh...org pregnant ade rse sakit mata ke??hahaaa~ mngarut tul...
sbbkn penim2...mmg xlarat tul...rse nk tdo jew 24 jam..
nk p keje pown malas semcm...ape nk jd???
alangkah bagus jika....p keje ade yg hntar
blik plak dtg jemput...untung la (sape nk wat tuk aku????)
dek penyakit misteri aku nie la my weight pown down..
adehhh~ bkn senang wo nk tmbh berat bdan..
nmpk gayanye...xtrcpai la target bln nie : 50 KG




waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Thursday, 8 September 2011

d'ManakAh kEdUdukAn s'orG AYAH d'hAti KITA ???

AYAH..WALID..ABAH..PAPA..DADDY..
wich 1 u olls guna...xkesahlah kn asal dia adalah HERO dlm hidup kita.
dia adalah insan yg teramat istimewa dlm hidup kita slepas ibu..
insan yg tlh byk brkorban tenaga, harta mahupun nyawa..
hanya utk melihat anaknya mmbesar dgn baik dpn matanya..
hanya utk melihat senyuman gembira si anak
hanya utk mmbahagiakn hati anak
hanya utk anak lebih brjaya...
semuanya demi ANAK..
 * hiasan semata2..
mereka mmbesarkn, mmberi didikan pelajaran n agama kpd kita..
cuba memenuhi setiap kemahuan kita
sabar n tabah melayan kerenah kita
semuanya demi ANAK..
cuba kwn2 bygkn mcmne seorg AYAH boleh mnjaga lbih dri 1 org..
sdgkn anak2 mereka xmampu menjaga seorg AYAH ??




* marilah same2 kita mnghayati lagu nie..

cuba kita imbau kembali saat kemahuan kita xdpt d'tunaikan..
lebih2 ag saat tibanya birthday kita
ape yg kita buat??
mengamuk...menangis teresak2..merajuk...ade yg smpai marah2 kp mereka..
betul x?? salah eks....tipu lah..
mereka tetap brusaha memenuhi kemahuan kita
sanggup kerja lebih masa, brkerut2 dahi memikirkan kemahuan kita.
sentiasa brfikir, xpnh cukup tdo..
tp...mereka xpnh mengeluh..
dr saat kita bayi smpai remaja..semua prbelanjaan mereka tanggung
mereka xpnh abaikan tanggungjawabnya..
setiap kali solat..mereka xpnh lupa mendoakn kesejahteraan n kebahagian anak
saat anak brjaya..hanya Allah yg tahu perasaan mereka..
syukur...gembira xterkata.hanya terpendam d'hati..
air mata kegembiraan mengalir demi ANAK..
dari kecil smpai dah matang..
merekalah org yg kita kasih...sygi.merekalah HERO kita..
saat2 e2lah saat yg terindah dlm hidup mereka..

tapi...
apakah balasan kita trhadap mereka d'saat kita brjaya ?
pnhkah kita mendoakan kesejahteraan mereka ?
apakah mereka masih seorg HERO ?
masih adakah nilai kasih syg trhadap mereka ?
adakah kita mngambil kisah perasaan mereka ?
pnhkah kita melukai hati mereka ?
apakah bentuk hadiah kita bagi setiap kali besday mereka ?
pnahkah kita selami hatinya ?
d'manakah mereka d'hati kita selepas kita memiliki keluarga sendiri?

brmcam2 persoalan timbul selepas kita layak brfikir secara matang..
tarik nafas n hembus dgn slow2..
tenangkan fikiran...n cuba mnjawab soalan d'atas sejujurnya.
truskn pencarian d'manakah kedudukan seorg HERO d'hati KITA..
bile usia mereka menginjak ke senja..
tulang 4 kerat dah sekuat dahulu..
urat2 timbul segenap jejari tgan..
wajah pula menampakkan kekedutan..
uban2 putih memenuhi kepala..
dah xbrdaya utk melangkah jauh..
tp...mereka bangga bahagia ble anak2 mmbesar dgn baik..

bile usia mnghampiri saat2 bertemu Illahi..
hanya 1 hasrat hati mereka..
bkn HARTA, WANG RINGGIT, PANGKAT, RUMAH BESAR yg mereka idamkn
tp........ kasih syg seorg anak
pelukkan mesra seorg anak.
perhatian dr anak2..
bile tiba hari raya...kepulangan anak2 yg d'nantikan
bile saat mereka sakit...anak2 merawat mereka
bile saat mereka xbrdaya...anak ada d'smpingnya
wasiat terakhir mereka...
bile saat d'jemput pulang ke SANA.
anak2 memandikan, sembahyangkn tubuh kakunya
mengusung n mghantar mereka ke tmpat asal..
menziarahi mereka dgn sekalung AL-FATIHAH..
mendoakan kesejahteraan mereka d'sana..
hanya itu mereka mahu..
hanya itu keinginan mereka..


tapi...anak2 skrg
buta dlm menilai kasih syg mereka..
gagal mghargai setiap titik peluh mereka..
abaikan kasih syg mereka..
sanggup melukakan hati tua mereka..
tergamak mencederakan..menghantar ke rumah org tua
paling KEJAM...membunuh mereka dek kerana WANG RINGGIT

d'manakah kasih syg kita trhadap mereka ?

apakah ini semua hasrat mereka ?

adakah ini pengakhiran utk setiap pergorbanan mereka ?

apakah mereka bahagia mati d'tgn anak sendiri ?

gembirakah mereka mghabiskn sisa2 hidup d'umh yg xpnh trfikir akn d'duduki mereka suatu hari nanti ?



wahai kekwn n insan2 yg brgelar ANAK..
fikir2kanlah sebaik mungkin apakah ini yg selayaknya kita berikan utk mmbalas jasa seorg AYAH..
ingatlah...tanpa seorg AYAH..tiada kita megah brdiri...
tiada kita mncipta kejayaan...
walau seorg lelaki boleh memiliki 4 org wanita dlm 1 masa..
tp..tetap xdpt melawan takdir hnya akan n selamanya memiliki seorg AYAH.
andainya mereka pnh melukakn hati kita..meremukkan jiwa kita..
mengabaikan kita..memukul kita
tp..
ingatlah wahai kwn2..
darah yg mengalir dlm diri kita tetap kekal KITA sbg ANAK..
putaran hidup ciptaan Illahi ckup adil..
setiap tingkahlaku KITA terhadap MEREKA samada baik atau sebaliknya..
akan berulang pd kita saat kita mnyandang pangkat "AYAH "
ketika e2 bru kita akan rasai apa yg mereka alami..
pedih, terluka, penat...mcm2 rase mencengam jiwa
maafkanlah kesilapan mereka walau ia sukar utk d'maafkan..



to my beloved Abah,
tanpa Abah siapalah angah d'dunia nie
tanpa Abah hidup angah xbrmakna
terima kasih d'atas segala pengorbanan abah dlm mmbesarkn, 
mmberi didikan yg ckup sempurna bt angah..
sabar melayan kerenah angah
memahami perasaan angah..
sentiasa ada bile d'perlukan...
tiada org dpt menggantikan kasih syg Abah
thanks 4 everthing..u r my HERO.
I LOVE U SO MUCH...





SAYANGILAH MEREKA SELAGI HAYAT MEREKA..JGN BIARKAN KITA TRCARI2 BILA DIA HILANG D'PANDANGAN KITA.SAAT ITU PENYESAL SUDAH TIDAK BERMAKNA...SEKALIPUN AIR MATA MNJADI GALANG GANTI YG PERGI TIDAK AKAN KEMBALI.